Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau (SMKLM) mula beroperasi tanggal 1 Januari 1971 dengan dikenali sebagai Sekolah Menengah Felda Lubok Merbau kerana terletak di tengah-tengah kawasan Felda Lubok Merbau. Prasarana fizikal yang ada pada masa itu ialah bangunan dua tingkat untuk pejabat dan kelas, kantin, bengkel dan sebuah padang bola.  Bilangan guru pada ketika itu seramai 13 orang dengan dibantu oleh seorang staf sokongan.  Manakala jumlah murid ketika itu lebih kurang 120 murid.  Oleh sebab kelas tidak mencukupi pada ketika itu, pelajar tingkatan 4 dan 5 terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Lubok Merbau.

Antara kejayaan cemerlang sekolah yang pernah dilakarkan ialah SMKLM termasuk dalam lapan buah sekolah di negeri Kedah yang mendapat kelulusan penuh 100% dalam peperiksaan STPM 2005 dan ia masih lagi mengekalkan kelulusan 100% pada tahun 2010 dan sebelumnya.  Dalam bidang kokurikulum,  pasukan bola tampar bawah 18 tahun lelaki mendapat johan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut  iaitu pada tahun 2007, 2008 dan 2009. salah seorang pemain bola tampar sekolah iaitu Mohd. Firdaus bin Mazlan terpilih mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Sukan Negara-negara Islam di Teheran, Iran.
SMKLM dinaik taraf dari Gred B ke Gred A pada tahun 2000.  Buat masa ini (MAC 2011) SMKLM, telah menjadi pusat menjana keilmuan yang kondusif bagi 752 orang Murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6, 55 guru serta  8 orang staf sokongan.